Pada minggu ini,kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan 2 iaitu berkaitan dengan PENGURUSAN SISTEM PEMBELAJARAN atau LEARNING MANAGEMENT SYSTEM.
Dr.Siti Fatimah telah mengarahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini secara berpasangan.Kami juga diminta untuk berbincang mengenai tugasan ini dilaman facebook di facebookgroup masing-masing.
Di facebookgroup kami akan berbincang dan memberi pandangan masing masing berkaitan dengan tugasan yang diberikan.
Laman facebookgroup saya boleh dicapai dengan http://www.facebook.com/mardielamajid#!/groups/mardielamajid/
Dengan facebookgroup kami boleh berbincang secara lebih mendalam untuk mengetahui tugasan yang diberikan secara lebih mendalam.
Dalam menyiapkan tugasan ini kami diminta untuk menjelaskan mengenai Pengurusan Sistem Pembelajaran.kami diminta untuk menyiapkan tugasan ini dengan mempelajari melalui kaedah WHAT,WHY,WHERE,WHO and HOW.
Dengan kaedah ini,lebih mudah untuk kami belajar dan memahami apa yang dimaksudkan dengan Pengurusan Sistem Pembelajaran.
Melalui pendekatan 4W dan 1H ini,lebih mudah untuk kami mencapai maklumat yang akan disampaikan melali tugasan ini.
Disamping itu,kami diarahkan untuk menyatakan kebaikan atau faedah daripada Pengurusan Sistem Pembelajaran.Melalui tugasan yang diberikan ini,kami dapat meneroka secara lebih mendalam dan dapat mengetahui kebaikan daripada Pengurusan Sistem Pembelajaran ini.
Setelah membuat perbincangan di facebookgroup kami perlu menyediakan laporan dengan menggunakan goggle doc dengan menggunakan akaun gmail..Dengan ini kami dapat berkongsi tentang maklumat yang disediakan dalam laporan tersebut.Mereka akan memberikan pandangan masing-masing berkaitan tugasan atau laporan yang disediakan.
Setelah laporan dibuat di goggle doc melalui akaun gmail,kami perlu menyimpan laporan ini atau download sebagai odt,pdf dan sebagainya.
Kami juga perlu menyediakan laporan ini di laman facebookgroup untuk dikongsi dengan rakan rakan dan untuk mendapatkan maklum balas atau pandangan daripada pensyarah kami.Dengan ini,setiap kesalahan dapat diperbaiki dalam menyediakan sebuah tugasan yang baik.
Kami diminta untuk upload file atau laporan ini di dalam yahoogroups masing masing.yahoogroups itu boleh dicapai dengan link http://groups.yahoo.com/group/A137438s1k4_sitimardillamajid-PendidikanKhas
Sebarang perkongsian maklumat mengenai tugasan yang diberikan akan dibincangkan dengan rakan rakan dan untuk mendapatkan maklum balas daripada pensyarah.
Dalam menyiapkan tugasan ini,pelbagai perkara baru yang kami pelajari.walaupun agak sukar namun ia merupakan pengalaman yang berharga untuk kami manfaatkan pada masa akan datang.Setiap teguran daripada Dr.Siti Fatimah amat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Sekian dahulu untuk kali ini,dan blog ini akan terus diwarnai dengan pembelajaran seterusnya.Segala apa yang kami pelajari akan dicoret disini sebagai ingatan untuk kami supaya kami tidak lupa untuk mengulangi perkara atau tugasan yang seumpama ini pada masa akan datang.Semoga minggu minggu yang akan datang akan memberikan lebih banyak ilmu berguna kepada kami sebagai pelajar.
Sekian terima kasih. (",).............
No comments:
Post a Comment