Sunday, 2 October 2011

First Week Class....

          Dua minggu setelah menjejakkan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Saya telah  mengikuti kursus "KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN" bersama kawan-kawan seperjuangan yang lain.
"KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN",bunyinya agak menarik,membayangkan akan sesuatu kelainan dalam kursus ini.Bila difikir dan direnung renungkan semestinya kursus ini akan mendedahkan saya tentang kemajuan teknologi pada masa ini.Tergambar difikiran saya akan  pelbagai perkara baru yang akan saya terokai sepanjang melibatkan diri dalam kursus ini.22 Sept 2011,kuliah pertama untuk kursus ini bermula.kami dipertemukan dengan Dr.Siti Fatimah penyelaras untuk kursus ini.Beliau lah yang akan membimbing kani untuk terus menerokai bidang ini.Pelbagai perkara baru telah saya pelajari daripada Dr,Siti Fatimah.Banyak ilmu berguna telah dicurahkan.,walaupun pelbagai teguran yang kami terima,namun teguran itu teguran yang amat membina dan meningkatkan lagi semangat kami untuk terus meneroka dalam bidang ini.Agak keliru untuk meneruskan penerokaan dalam bidang ini,namun berkat tunjuk ajar daripada Dr Siti Fatimah dan Puan Hafizah Adnan,semua tugasan dapat kami laksanakan sebaik mungkin.
      
     Antara perkara yang saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini ialah.,saya telah diminta untuk membuat yahoo mail dan gmail. UNtuk yahoo mail dan gmail saya ialah :
mardielamajid@yahoo.com                        
sitimardilla@gmail.com                    
Membuat signature amat mencabar dan menguji kesabaran saya,namun ianya amat menyeronokkan.Saya perlu memastikan semua hyperlink yang dihantar kepada Dr.Siti Fatimah berfungsi menerusi url yang dikirim.        
 yahoo groups sesuatu yang saya rasakan perkara baru dalam menerokai bidang ini.Mungkin saya agak ketinggalan dalam kemajuan ini,namun mempelajari perkara ini amat menakjubkan.di sini saya perlu menyertai groups Dr,Siti Fatimah dengan melayari web http://groups.yahoo.com/group/ge1155-2011.Saya juga diminta untuk membuat yahoo groups sendiri iaitu:
 http://groups.yahoo.com/group/A137438-2011.
Disini saya perlu mengisi Database iaitu maklumat berkaitan url dan sebagainya.Saya juga boleh menghantar pesanan kepada individu lain dalam yahoo groups ini.

  Facebook groups mungkin perkara yang sudah lama wujud dan hampir setiap individu mempunyai akaun facebook masing masing.,namun ramai yang membuka akaun facebook semata mata untuk bersosial dan tidak mahu ketinggalan zaman,tanpa menyedari akan faedah faedah yang terkandung disebalik penggunaan facebook itu.Saya telah diminta untuk membuat  facebook groups untuk memudahkan saya dan rakan rakan membuat perbincangan akan tugasan yang diberikan nanti.Anda boleh melayari facebook groups:
http://www.facebook.com/mardielamajid#%21/groups/mardielamajid/.

   Sebelum ini saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai satu Blog sendiri,namun setelah menerokai kursus ini.,kini saya mampu mempunyai  Blog sendiri dengan melayari http://www.blogger.com/ dan sign up.
Laman blog saya:
 http://sitimardillamajid.blogspot.com/.


    Walaupun kursus ini amat mencabar,namun saya tahu disebalik cabaran itu tersimpan beribu pengetahuan yang berguna.saya akan terus menerokai bidang ini secara lebih mendalam untuk saya curahkan kepada generasi generasi yang akan datang dan untuk menjadi seorang pendidik yang berkaliber saya perlu mempunyai pengetahuan yang mantap dalam pelbagai bidang.
Setakat ini dulu untuk first week class dan saya harap saya akan terus berusaha untuk memajukan diri....
insyaallah.......................=)

1 comment: