Minggu ini merupakan kelas terakhir sebelum peperiksaan menjelma.Kelas ini bertujuan untuk membentangkan setiap tugasan yang telah kami jalankan sepanjang kuliah kursus ini berlangsung.Sepanjang kusus ini banyak perkara yang saya pelajari.Salah satu perkara yang saya rasakan amat berharga ialah "EXPLORE".Dr Fatimah selalu mengingatkan kami agar mempelajari sesuatu perkara dengan kaedah meneroka.Sebelum terlibat dalam kursus ini saya amat takut untuk meneroka sesuatu perkara yang saya tidak tahu,mungkin takut melakukan kesilapan dan mungkin tidak ada semangat untuk saya terus meneroka.Tetapi. setelah berada dalam kursus ini,saya diajar untuk meneroka dengan lebih mendalam..,ianya amat menyeronokkan.Bak kata Dr Siti Fatimah jgn takut buat salah kerana kita akan belajar daripada kesilapan tersebut.dan jangan takut untuk terus meneroka.Lagi banyak perkara yang kita teroka,lagi bertambah pengetahuan yang sedia ada.Walaupun sepanjang menyiapkan segala tugasan kursus ini banyak cabaran yang terpaksa dihadapi,tapi ianya sangat mengajar saya.agar lebih bersabar dalam sesuatu perkara.Dengan berakhirnya perbentangan,segala tugasan telah diserahkan kepada Dr untuk dinilai.Saya telah cuba melakukan yang terbaik dan semoga mampu melakukan yang terbaik jua dalam peperiksaan yang bakal tiba.
Setiap ilmu yang saya terima dalam kursus ini,akan saya gunakan dengan sebaik mungkin.Terima kasih buat DR Siti Fatimah dan Puan Hafizah sepanjang mendidik kami dalam kursus ini.Segala tunjuk ajar Dr dan Puan,akan saya manfaatkan.....Perjuangan kami tidak akan terhenti disini,perjalanan masih jauh dan mungkin ada cabaran yang lebih besar menanti dihadapan.Semoga segala apa yang kami pelajari menjadi pengalaman yang amt berharga dan mampu membantu kami menjadi seorang PENDIDIK yang CEMERLANG suatu hari nanti..Amin...
Akhir kata,Terima kasih tidak terhingga buat Dr Fatimah dan Puan Hafizah atas tunjuk ajar sepanjang kursus ini.Tidak lupa jua buat rakan rakan seperjuangan,teruskan perjuangan kita agar kita perolehi KEJAYAAN Itu..
Terima kasih...=)
Kenangan sepanjang kursus ini akan sentiasa terpahat dihati..
No comments:
Post a Comment